Skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara melibatkan 1MDB dan SRC.
Kerajaan berjaya memperoleh semula aset tambahan bernilai lebih RM1 bilion yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengesahkan proses pemulihan aset tersebut masih giat dijalankan, terutamanya di beberapa buah negara luar.
“Berkenaan 1MDB ini, pada peringkat akhir, masih ada kemasukan dana baru-baru ini. Saya tidak dapat meneka jumlah yang tepat, tetapi ia mencecah RM1 bilion tambahan berbanding jumlah yang sebelum ini,” jelas Anwar.
Beliau berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, sebagai jawapan kepada soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi, yang ingin mengetahui jumlah semasa dana 1MDB yang telah berjaya dikembalikan.
Beliau turut menekankan usaha pemulihan itu masih aktif diteruskan di Switzerland dan London dengan melibatkan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan khas untuk tujuan tersebut.
Pada Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan bahawa sebanyak AS$20 juta (kira-kira RM90 juta) telah berjaya dipulangkan ke negara ini hasil kerjasama dengan pihak antarabangsa seperti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
Jumlah tersebut adalah berasingan daripada RM29.73 bilion yang telah berjaya dikembalikan sebelum ini.
Selain memberi tumpuan kepada kes 1MDB, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan komitmen kerajaan dalam memerangi pelbagai sindiket jenayah lain.
“Kerajaan juga memberi perhatian kepada aktiviti seperti ‘love scam’, penipuan e-kewangan, serta pinjaman dan pelaburan palsu,” ujarnya.
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
Arab Saudi akan kenakan denda haji tanpa permit SR100,000
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan