Kerajaan umum kriteria kelayakan subsidi petrol RON95 akhir bulan ini

September 8, 2025 · Isu semasa

Kerajaan kini berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama-sama dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, menekankan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 itu dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak akan terjejas.

Beliau turut mendedahkan kerajaan sedang bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat stesen minyak bagi memastikan sistem pembayaran menggunakan MyKad dapat berfungsi dengan lancar sejurus subsidi disasarkan.

“Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan ketika membuat pengisian bahan api sebaik sahaja (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan akhir bulan ini,” jelasnya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.

Amir Hamzah, yang turut menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi, seterusnya menyatakan bahawa kerajaan akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai asas untuk menentukan kelayakan individu.

Pendekatan ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan menerima manfaat subsidi tersebut.

Beliau memberikan jaminan mengenai ketelusan dan kecekapan pelaksanaan inisiatif kerajaan.

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan bahawa rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya.”

Langkah penyasaran subsidi ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi antara mengurangkan beban kewangan negara dan melindungi kepentingan rakyat.

Berita berkaitan
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Reformasi ekonomi tak popular, tapi perlu untuk masa depan: Amir Hamzah
August 18, 2026· Isu semasa
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
August 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
10 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok