Kerajaan utamakan rakyat, tidak kisah perbezaan politik: Zahid

December 7, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Madani mengamalkan pendekatan melaksanakan dasar tanpa memandang kepada kecenderungan politik, malah memberi peruntukan pembangunan secara adil kepada semua negeri termasuk yang dikuasai pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri sendiri tidak pernah membezakan kawasan berdasarkan geografi politik dalam agihan pembangunan dan peruntukan.

“Kerajaan Madani tidak pernah melihat perbezaan politik sebagai asas untuk membalas dendam, tidak pernah,” tegasnya dalam forum “Kerajaan MADANI – Retrospektif dan Memeta Perjalanan ke Hadapan” hari ini.

“Kita lihat mana mungkin Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis mendapat peruntukan melebihi negeri-negeri yang dari asalnya mendukung Anwar Ibrahim,” tambahnya lagi.

Forum itu adalah sebahagian daripada Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dalam Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Presiden UMNO menyatakan komitmen parti itu untuk terus menyokong kerajaan.

“Saya menyerahkan diri saya dan parti saya untuk mendukung Kerajaan Madani hingga akhir penggal,” katanya.

Beliau turut menggariskan pembaharuan dalam perkhidmatan awam termasuk mengubah kementerian kepada pusat keuntungan dan melaksanakan pendekatan lintas fungsi untuk memecah sikap bekerja secara silo.

Dalam bidang pendidikan, beliau menyebut kejayaan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dengan peratusan lepasan SPM memilih aliran itu meningkat kepada 57.4 peratus dan disasarkan mencecah 70 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13.

Program Rancakkan Madani selama tiga hari menawarkan lebih 300 titik perkhidmatan awam, karnival kerjaya, pameran interaktif serta hiburan kepada orang ramai.

Berita berkaitan
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
2 jam lalu· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
22 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok