Pasangan tular kes lucah di jirat Cina dibebaskan

April 21, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan sepasang individu tempatan yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan perbuatan lucah di jirat Cina di Batu Gantung, Ayer Itam, bulan lalu.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Rofiah Mohamad selepas membenarkan permohonan semakan hukuman yang difailkan pihak pembelaan.

Walaupun sabitan terhadap M. Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37, dikekalkan, hukuman penjara setahun digantikan dengan tempoh tahanan bermula dari tarikh tangkapan pada 23 Mac sehingga hari ini.

Dalam penghakimannya, Rofiah berkata mahkamah menerima representasi yang telah dipersetujui antara pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Sabitan dikekalkan namun hukuman penjara 12 bulan digantikan dengan tempoh pemenjaraan dari tarikh tangkapan sehingga hari ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar memaklumkan pihak pembelaan telah mengemukakan representasi yang dipersetujui bersama, dengan semakan hanya tertumpu kepada hukuman.

Menurutnya, walaupun sabitan tidak dipertikaikan, tempoh hukuman wajar dikurangkan.

Peguam bela Naran Singh pula berkata pihaknya menarik balik rayuan sebelum ini dan memilih untuk meneruskan semakan hukuman.

“Kami menerima sabitan, namun hukuman setahun itu berlebihan memandangkan kesalahan ini memperuntukkan maksimum dua tahun penjara,” katanya, sambil menambah kes itu dikendalikan secara pro bono.

Kes ini mendapat perhatian ramai selepas video berdurasi 38 saat memaparkan pasangan tersebut dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan perkuburan tular di media sosial.

Rakaman itu dipercayai diambil oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Pada 26 Mac lalu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara setahun selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 22 Mac.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34, yang membawa hukuman maksimum dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Pekerja bank didakwa sebar video lucah di X
September 15, 2026· Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
June 8, 2026· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan rayuan Guan Eng batal pertuduhan rasuah
April 8, 2026· Politik
80 peratus kandungan lucah dalam talian sudah diturunkan: Fahmi
March 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
1 jam lalu · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
2 jam lalu · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok