Keresahan bil elektrik naik, kerajaan cari langkah segera tangani: PMX

September 16, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap keresahan rakyat susulan kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini dan mengarahkan langkah segera diteliti bagi mengurangkan beban isi rumah terjejas.

Anwar berkata, beliau mengambil maklum keluhan rakyat dan melihat isu itu perlu ditangani dengan segera, terutama apabila peningkatan penggunaan elektrik turut dipengaruhi keadaan cuaca yang lebih panas.

“Sekembali dari India dan Maldives, perhatian saya terus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini.

“Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, satu mesyuarat khas akan diadakan esok membabitkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Mesyuarat berkenaan akan meneliti langkah mitigasi segera bagi mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.

Pada masa sama, Anwar menegaskan kerajaan akan meneruskan pendekatan penyasaran subsidi bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang memerlukan, selain melindungi majoriti pengguna domestik.

Menurut beliau, kira-kira 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.

Bagaimanapun, cuaca panas serta keadaan jerebu sejak kebelakangan ini dipercayai mendorong sebahagian isi rumah meningkatkan penggunaan elektrik.

Apabila penggunaan bulanan melepasi paras 600 kWj, pengguna terbabit boleh terdedah kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), sekali gus menyebabkan bil meningkat.

Isu kenaikan bil elektrik mendapat perhatian selepas sebahagian pengguna melaporkan peningkatan ketara dalam jumlah bayaran bulanan, terutama ketika penggunaan elektrik meningkat akibat cuaca panas.

Anwar berkata kerajaan akan memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi dibuat secara adil dan munasabah dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

“Kerajaan akan memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi dibuat secara adil dan munasabah,” katanya.

Berita berkaitan
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib bukan keputusan Anwar atau PH: Wanita PKR
September 18, 2026· Politik
PH panggil mesyuarat petang ini, isu kedudukan BN dijangka dibincang: Laporan
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
2 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026 · Isu semasa
Zamri Vinoth kekal berdepan pertuduhan, perbicaraan April tahun depan
September 18, 2026 · Isu semasa
AGC: Proklamasi 19 April turunkan Tuanku Muhriz tidak sah
September 17, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok