Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis

July 22, 2026 · Politik

Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat memberi kelebihan lebih besar kepada BN apabila penyokong PAS menunjukkan komitmen tinggi untuk mengundi calon gabungan itu.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Yusri Ibrahim berkata dapatan kajian setakat ini menunjukkan kebolehpindahan undi daripada penyokong PAS kepada calon BN berada pada tahap yang sangat baik.

“Dengan kata lain, kebolehpindahan undi atau ‘transferability vote’ daripada PAS kepada BN berpotensi berlaku secara optimum,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu mencerminkan kesediaan penyokong PAS untuk mematuhi keputusan kepimpinan parti dalam memastikan kemenangan calon yang dipersetujui bersama.

Bagaimanapun, Yusri berkata situasi berbeza berlaku dalam kalangan penyokong UMNO apabila pemindahan undi kepada calon Perikatan Nasional (PN) dijangka lebih terhad.

“Ramai yang ditemui belum bersedia untuk mengundi calon-calon PN,” katanya.

Dapatan itu sekali gus memberi gambaran kerjasama di Negeri Sembilan lebih menguntungkan BN, khususnya UMNO, memandangkan sokongan penyokong PAS dilihat lebih mudah diterjemahkan kepada undi untuk calon BN.

Pemerhatian tersebut turut mengingatkan kepada pengalaman kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, apabila undi penyokong PH berjaya dipindahkan kepada calon BN, namun pemindahan undi daripada penyokong BN, khususnya UMNO, kepada calon PH tidak berlaku pada kadar yang sama.

Penganalisis berpandangan keadaan itu boleh menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya PAS dan UMNO bercadang memperkukuhkan semula kerjasama politik mereka ke peringkat nasional.

Hubungan kedua-dua parti sebelum ini pernah diperkukuhkan menerusi Muafakat Nasional (MN), namun kerjasama tersebut akhirnya berakhir selepas timbul perbezaan pendirian serta isu kepercayaan antara kepimpinan kedua-dua pihak.

Antara faktor yang sering dibangkitkan ialah dakwaan sebahagian pemimpin UMNO terhadap PAS yang didakwa terus menjalinkan hubungan politik dengan Bersatu ketika masih berada dalam Muafakat Nasional.

Pemimpin kedua-dua parti sebelum ini sering mengibaratkan hubungan dalam Muafakat Nasional seperti sebuah perkahwinan politik. Namun apabila kepercayaan mula terhakis dan perselisihan semakin ketara, kerjasama itu akhirnya berakhir, sekali gus menutup lembaran Muafakat Nasional yang pernah diwujudkan bagi menyatukan parti-parti Melayu.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026· Isu semasa
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok