Kerjasama BN-PN bukan perkara baharu, sudah dijangka: Hassan Karim

July 19, 2026 · Politik

PKR mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mempertikaikan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerana ia disifatkan sebagai lumrah dalam landskap politik negara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata kerjasama politik yang berubah mengikut keadaan bukan sesuatu yang asing memandangkan PH sendiri pernah bekerjasama dengan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), walaupun sebelum itu kedua-dua gabungan menjadi seteru politik.

Menurutnya, jika BN boleh membentuk kerjasama dengan PH selepas kejatuhan kerajaan BN pada 2018, tiada sebab gabungan itu tidak boleh berpakat dengan PN untuk cuba mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.

“Jadi, tak hairan. PH tidak boleh merungut dan mengeluh. PH juga selepas PRU 2008 mengatur strategi di bawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandat rakyat.

“Saya dah tua, saya menyaksikan itu semua walaupun saya seorang Ahli Parlimen PKR yang setia,” katanya dipetik laporan media.

Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak terhadap keputusan BN dan PN bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan dengan masing-masing bertanding di 25 dan 11 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, Angkatan Muda Harapan mendesak semua menteri dan timbalan menteri daripada BN melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan kerjasama terbuka parti itu dengan PN.

Gabungan sayap Pemuda PH itu mendakwa tindakan berkenaan menimbulkan persoalan terhadap komitmen sebenar BN dalam kerajaan perpaduan.

Semalam, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan kerjasama itu sebagai medan menguji formula penyatuan Melayu dan Islam yang berpotensi menjadi asas kepada jajaran politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Beliau turut menyeru pengundi menyokong calon BN dan PN sebagai langkah untuk mengubah pentadbiran negeri sebelum diterjemahkan di peringkat nasional.

Mengulas lanjut, Hassan berkata politik Malaysia sejak sekian lama menyaksikan pembentukan dan perubahan pakatan mengikut keperluan semasa.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
8 jam lalu· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
8 jam lalu· Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
8 jam lalu· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
10 jam lalu · Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
10 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
13 jam lalu · Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
13 jam lalu · Politik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
13 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok