Kerjasama UMNO-PH dilihat kunci hadapi PRU-16: Ching Tong

May 4, 2026 · Politik

Kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai pendekatan paling berkesan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong.

Wakil DAP itu berkata, kejayaan formula perpaduan itu bergantung kepada keikhlasan dan kerjasama semua pihak, bukannya sekadar persefahaman atas kertas.

“Saya percaya formula perpaduan ini adalah yang terbaik untuk UMNO dan PH, tetapi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Hanya keikhlasan, persefahaman dan kerjasama dapat merealisasikannya,” katanya ketika berucap semasa sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, pada Isnin.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menjelaskan landskap politik Johor mula berubah sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, apabila peranan pembangkang sebagai pengimbang semakin jelas.

Menurutnya, selepas pilihan raya itu, beliau sendiri telah bertemu Menteri Besar Johor bagi mencadangkan pendekatan dwipartisan demi pembangunan negeri.

“Ketika itu suasana agak tegang kerana semua pihak bersiap sedia menghadapi PRU-15.

“Namun selepas keputusan pilihan raya umum pada November 2022, kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan berjaya dibentuk antara PH dan UMNO,” katanya lagi.

Beliau menambah, hubungan antara kedua-dua blok politik itu di Johor turut bertambah baik selepas titah Yang di-Pertuan Agong pada 2023 yang menekankan peranan pembangkang sebagai pengimbang.

Perkembangan itu, katanya, membolehkan kerjasama politik berlaku dalam suasana lebih matang dan saling menghormati.

Mengulas soal kestabilan, Chin Tong berkata tema tersebut yang pernah dibawa Barisan Nasional dalam PRN Johor kini mula menampakkan hasil, khususnya di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Kestabilan itu bukan sekadar slogan. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Johor menunjukkan kemajuan yang lebih baik berbanding dekad-dekad sebelumnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu persempadanan semula kawasan pilihan raya di Johor, dengan menyifatkannya sebagai keperluan mendesak berikutan terdapat beberapa kerusi yang mempunyai jumlah pengundi terlalu besar.

Katanya, langkah tersebut penting bagi memastikan keadilan perwakilan serta keberkesanan pentadbiran pada masa akan datang.

Berita berkaitan
UMNO-PH capai kata sepakat kekalkan kerjasama di Negeri Sembilan
May 5, 2026· Politik
Pesta air: Akmal bidas Guan Eng patut malu sokong acara disko jalanan
9 jam lalu· Politik
DAP sifatkan Festival Bukit Bintang berjaya bantu peniaga kecil: Guan Eng
9 jam lalu· Isu semasa
PH-UMNO bertemu petang ini rungkai kemelut Negeri Sembilan: Saifuddin Nasution
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO sedia bertanding solo PRN Johor: UMNO Pasir Gudang
9 jam lalu · Politik
UMNO kekal bersama kerajaan Negeri Sembilan, tak jadi pembangkang: Zahid
9 jam lalu · Politik
PH dan UMNO bertemu malam ini bincang isu MB Negeri Sembilan: Laporan
13 jam lalu · Politik
Saya tiada apa nak sorok dalam siasatan RM1.1 bilion: Rafizi
13 jam lalu · Politik
Akta Hasutan masih relevan tangani isu 3R: Fahmi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok