Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.
DAP tidak akan diberi peluang untuk merampas kerusi yang disandang UMNO di Melaka, itu kata jaminan diberikan Mohamad Hasan.
Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan kerusi yang disandang tidak akan dikompromi diserahkan kepada DAP di Melaka dan memberi jaminan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem akan mempertahankan kerusi milik mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka depan.
“DAP nak DUN Duyong? DAP komponen kita (BN) ke? Apa kena mengena DAP dan Duyong? Mana you dapat berita ini? Tak ada kemungkinan pun.
“Jadi jangan risaulah Helmy (ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy)…tak tahulah sebab saya bukan pengarah pilihan raya tapi selagi hidup, saya tak akan serahkan,” katanya disusuli tepukan gemuruh perwakilan yang hadir semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Telok Mas semalam.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata demikian ketika menjawab pertanyaan perwakilan, Ketua Pemuda Kampung Morten, Ahmad Safwan Salim yang meminta beliau menjelaskan desas-desus itu daripada Pemuda DAP (DAPSY) Kota Melaka.
“Kalau pun masih lagi dikekalkan semangat Kerajaan Perpaduan mengharungi pilihan raya, kita punya pembahagian kerusi yang menang tetap diberi kepada kita kerana itulah formulanya.
“Syukur Alhamdulillah ada ‘raja TikTok’ di Melaka bak kata ketua bahagian tadi (Abd Razak) dia bukan sekadar Helmy tapi UMNO Malaysia dan kalau ramai anak muda begini orang akan kata inilah parti yang patut disokong,” tegasnya lagi.
Melaka mempunyai 28 DUN dengan 21 dimenangi BN, lima PH dan dua Perikatan Nasional (PN). Untuk rekod, tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijadualkan berakhir pada November tahun depan.
DUN Duyong menjadi kubu kuat BN melalui MCA sejak 1995 sehingga 2013 sebelum berpindah ke tangan DAP yang merampas kerusi itu sehingga 2021.
Penyandangnya, Damian Yeo Shen Li tewas kepada Mohd Noor Helmy pada PRN Melaka 2021 sekali gus menyaksikan kejayaan kali pertama UMNO merampas semula kerusi itu.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri