Kes Polis.
Polis Selangor mengesahkan motosikal yang digunakan dua lelaki untuk menyerang anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya semalam, disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata pihaknya sedang menyiasat nombor plat motosikal terbabit dan giat memburu kedua-dua suspek yang masih belum dikenal pasti.
“Setakat ini, kami mengesan dua individu terlibat, tetapi identiti mereka belum dapat dipastikan,” katanya dipetik laporan Bernama.
Shazeli menambah, polis turut menyiasat jenis cecair yang didakwa digunakan dalam jarum suntikan ketika kejadian.
Menurut laporan awal, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang pusat beli-belah tersebut. Mangsa, seorang kanak-kanak lelaki, sedang menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Selangor.
Polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi untuk mengenal pasti pergerakan suspek.
Rafizi dalam kenyataan semalam mengesahkan anaknya diserang oleh dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki motosikal.
Menurutnya, suspek dipercayai telah mengintai dan mengekori kereta isterinya sebelum melakukan serangan secara mengejut.
“Anak saya ditarik secara tiba-tiba dan dicucuk dengan jarum suntikan,” kata Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR.
Siasatan masih berjalan untuk menentukan motif sebenar kejadian ini. Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu.
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri