Kes kematian Beng Hock NFA, DAP minta Peguam Negara beri penjelasan

June 8, 2025 · Politik

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar diminta DAP supaya memberi penjelasan terperinci berhubung keputusan mengklasifikasikan kes kematian Teoh Beng Hock sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA).

DAP sebelum ini lantang memperjuangkan isu kematian Beng Hock dan menuntut keadilan sewajarnya terhadap mendiang.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mewakili Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti itu, mereka menegaskan bahawa keputusan tersebut amat mengecewakan dan menimbulkan persoalan serius terhadap keadilan dalam kes berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pada 21 Mei lalu, kertas siasatan berhubung kes Beng Hock telah dikemukakan oleh pihak polis kepada Peguam Negara, namun keputusan NFA telah dikeluarkan.

Surat rasmi yang dihantar kepada peguam keluarga mangsa bertarikh 30 Mei pula memaklumkan alasan keputusan berkenaan, iaitu kekurangan bukti mencukupi bagi meneruskan pendakwaan jenayah.

“Kami ingin tegaskan bahawa DAP konsisten dalam tuntutan supaya tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock sejak mula kes ini didedahkan pada tahun 2009,” kata mereka.

Kenyataan itu turut mengimbas kembali langkah-langkah yang telah diambil oleh parti termasuklah permohonan inkues, rayuan ke Mahkamah Rayuan serta tindakan saman sivil terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan.

Menurut mereka, Mahkamah Rayuan pernah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah akibat “perbuatan jenayah oleh individu yang tidak dikenali termasuk pegawai SPRM yang terlibat dalam penahanan dan siasatan terhadap si mati.”

Dalam tindakan sivil pula, kerajaan dan SPRM mengakui liabiliti atas kecuaian yang menyebabkan kematian Teoh dan bersetuju membayar pampasan sebanyak RM600,000 serta kos guaman RM60,000 kepada keluarga mangsa.

“Keputusan Mahkamah Rayuan dan penghakiman dalam saman sivil sepatutnya menjadi asas kukuh untuk siasatan lanjut oleh pihak polis bagi mengenal pasti pelaku sebenar.”

Namun, tegas DAP, keputusan untuk mendakwa berada di bawah budi bicara Peguam Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu Mohd Dusuki bertanggungjawab menjelaskan mengapa beliau tidak dapat meneruskan pendakwaan dalam kes ini.

“Kami difahamkan bahawa pihak keluarga Teoh sedang mempertimbangkan untuk mencabar keputusan NFA ini di mahkamah menerusi semakan kehakiman. DAP menyokong sepenuhnya langkah ini.”

Mengakhiri kenyataan, DAP turut menggesa Peguam Negara agar menilai semula keputusannya dan meneruskan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat dalam kematian Teoh Beng Hock tanpa sebarang kelewatan lagi.

Beng Hock, yang merupakan setiausaha politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati pada 2009 selepas disoal siasat oleh SPRM.

Berita berkaitan
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
October 24, 2026· Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026· Isu semasa
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
2 jam lalu · Politik
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
2 jam lalu · Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
2 jam lalu · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
8 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok