Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus

October 4, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera, menyeluruh dan telus dijalankan susulan kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam.

Anwar berkata, tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil sekiranya siasatan mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Irene Sofiya serta mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengarahkan pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek keselamatan di sekolah terbabit, termasuk rekod kehadiran pelajar ketika kelas tambahan serta kelulusan dan rondaan syarikat kawalan keselamatan.

“Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil.

“Saya mahu semua perkara yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan diperiksa dengan menyeluruh. Jangan sembunyikan apa-apa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurutnya, beliau berada di Yong Peng bagi mendapatkan perkembangan terkini kejadian itu selain memastikan KPM memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Fadhlina turut menegaskan pihak kementerian tidak akan mendahului siasatan polis, khususnya berkaitan motif dan punca sebenar kematian mangsa.

Pada masa sama, sokongan kaunseling disediakan kepada warga sekolah yang terkesan susulan kejadian itu. Orang ramai turut diminta tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.

Sebelum ini, Irene Sofiya, 16, dilaporkan ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada petang semalam.

Mangsa dipercayai tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas bimbingan sebelum neneknya datang ke sekolah kira-kira jam 5.30 petang dan menemui cucunya.

Siasatan polis kini sedang dijalankan bagi menentukan punca serta kejadian sebenar yang membawa kepada kematian pelajar berkenaan.

Berita berkaitan
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
10 jam lalu· Isu semasa
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
13 jam lalu· Politik
Guru cedera diserang pelajar di Kuching, polis tunggu siasatan lengkap
18 jam lalu· Isu semasa
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
5 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
11 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
13 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
14 jam lalu · Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok