Kes nahas kereta berlumba sehingga 5 terkorban dirujuk kepada AGC

June 4, 2026 · Isu semasa

Kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut yang meragut lima nyawa di Jalan Renggam-Simpang Renggam telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata pihak polis telah melengkapkan siasatan dan kini menunggu arahan lanjut daripada AGC berhubung kes berkenaan.

“Kita sudah merujuk kertas siasatan kepada Peguam Negara dan perkembangan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” katanya dipetik laporan media.

Sebelum ini, reman terhadap suspek berusia 19 tahun disambung sehari bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Dalam kejadian itu, remaja terbabit yang memandu sebuah Mercedes-Benz A250 dipercayai terlibat dalam perlumbaan atau pemanduan berbahaya bersama abangnya yang berusia 22 tahun dan memandu BMW 530e.

Tindakan mereka dikatakan menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Nahas tragis itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu Semek Mat Soh, 73, anaknya Aiman Mohd Rashid, 36, menantunya Nor Azlina Abd Latip, 33, serta cucu saudaranya, Nur Airish Syifa Sidek, 10 tahun.

Abang kepada suspek yang turut terbabit dalam kemalangan tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kes berkenaan mendapat perhatian meluas selepas AGC mengarahkan polis mengklasifikasikan semula siasatan nahas itu sebagai kes bunuh.

Arahan tersebut dibuat susulan penelitian awal terhadap fakta dan keadaan kemalangan yang menyebabkan kehilangan lima nyawa.

Kes ini mencetuskan perdebatan awam mengenai tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan nyawa pengguna jalan raya lain, terutama dalam insiden yang dipercayai melibatkan perlumbaan haram atau pemanduan melampau.

Berita berkaitan
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
19 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
9 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
19 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok