Kes pijak al-Quran: Pelajar UMPSA direman polis 4 hari

February 25, 2026 · Isu semasa

Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman empat hari bagi membantu siasatan selepas tular gambar dipercayai memaparkan tindakannya memijak al-Quran serta memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap Islam di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan awal pagi tadi selepas bapanya sendiri tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Menurut beliau, bapa suspek hadir bersama anaknya untuk memohon maaf kepada umat Islam dan menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anaknya susulan hantaran berkenaan yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Dalam kejadian itu, anak pengadu telah memuat naik gambar yang menghina kitab suci agama Islam di akaun media sosial miliknya.

“Pengadu datang bersama anaknya ke balai polis bagi membuat laporan serta memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak semalam, media sosial kecoh dengan penyebaran gambar memaparkan kaki seorang lelaki memijak al-Quran, selain tangkap layar komen dipercayai daripada individu sama yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Turut tersebar ialah gambar suspek yang dikenal pasti sebagai penuntut sebuah universiti awam di Pahang.

Ashari berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 28 Februari bagi membantu siasatan lanjut.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak di luar undang-undang.

“Kami menasihatkan masyarakat supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh melukakan perasaan agama orang lain, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Berita berkaitan
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026· Politik
Pelajar maut selamat dikebumikan, Fadhlina hadir beri sokongan kepada keluarga: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok