Kes RM170 juta Ismail Sabri: SPRM akan rakam keterangan bekas menantu

May 22, 2025 · Isu semasa

Bekas menanti Ismail Sabri Yaakob, Jovian Mandagie akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan membabitkan pengisytiharan harta oleh Perdana Menteri kesembilan itu.

Hampir lima bulan siasatan kes rasuah melibatkan Ismail Sabri dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kini Jovian yang sedang menetap di Indonesia juga akan diambil keterangan.

Ketua Pesuruhjaya, Azam Baki berkata proses rakaman percakapan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu ini kerana individu terbabit kini menetap di Indonesia.

“Ada seorang saksi yang dinamakan oleh beliau, sekarang berada Indonesia iaitu bekas menantu beliau dengan nama dipanggil Jovian yang perlu kita rakam percakapan.

“Pegawai penyiasat saya dalam proses berhubung dengan beliau untuk dirakam percakapan untuk mengesahkan mengenai sesuatu aset yang diisyihatkan oleh Ismail Sabri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ismail Sabri sebelum beberapa kali hadir di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan mengenai kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ia membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Mengulas lanjut, Azam berkata, siasatan ketika ini adalah susulan kepada arahan supaya Ismail Sabri membuat pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu sudah membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari 2025 dan SPRM kini sedang menganalisis sumber perolehan aset berkenaan.

“Sumber pendapatan beliau adalah terlalu banyak di mana Datuk Seri Ismail Sabri berkhidmat dalam pelbagai sektor termasuk sektor swasta dan memiliki beberapa syarikat ketika beliau bukan seorang anggota pentadbiran.

“Jadi perkara ini menjadi pertimbangan kami apabila kita menjalankan siasatan dan kita perlu adil kepada beliau untuk melihat kepada sumber pendapatan beliau daripada dulu hingga sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata, siasatan ke atas Ismail Sabri dijangka selesai penghujung bulan depan.

“Untuk kemungkinan beliau dipanggil semula bergantung kepada analisis kami dan kemungkinan beliau tidak akan dipanggil lagi,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini seramai 57 individu sudah direkod keterangan bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh
September 3, 2026· Isu semasa
RM25.3 juta masuk akaun Bersatu dikaitkan projek Jana Wibawa: Saksi SPRM
September 2, 2026· Politik
Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan RCI Tabung Haji
September 2, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok