Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad.
Empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini telah diambil tindakan tegas dengan dibuang sekolah serta-merta.
Bagaimanapun, mereka masih diizinkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di lokasi yang ditetapkan, sama ada di pusat tahanan atau pusat peperiksaan berasingan.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, menegaska kebenaran menduduki SPM itu tidak bermakna mereka terlepas daripada hukuman.
“Suspek yang terlibat tidak akan mengambil SPM di sekolah.
“Sebaliknya mereka akan berada di tempat yang ditetapkan, sama ada di pusat tahanan atau di tempat yang berasingan daripada pusat di sekolah mereka,” jelas beliau dalam satu sidang media khas.
Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis yang masih berjalan.
“KPM berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses siasatan yang sedang berjalan. Kita inginkan keadilan dapat ditegakkan dan sesiapa saja yang bersalah, KPM bertegas mereka perlu dihukum,” tegasnya.
Insiden yang berlaku pada 2 Oktober lalu itu dilaporkan melibatkan empat suspek yang merakam perbuatan terkutuk mereka menggunakan telefon bimbit.
Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis setelah dimaklumkan oleh guru mengenai penyebaran video berkenaan.
Sebagai langkah pencegahan, KPM dijangka akan mengeluarkan garis panduan keselamatan sekolah yang komprehensif pada Disember ini.
*Menteri akan mengumumkan garis panduan yang kita tambah baik, yang kita murnikan lagi mengikut kesesuaian dan perubahan zaman,” ujarnya.
Beliau juga berkata cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh premis sekolah turut dipertimbangkan bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar.
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum