Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong, dihantar terus ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman lapan tahun penjara setelah rayuan terakhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada Rabu.
Yong yang juga bekas pemimpin DAP itu dihukum atas kesalahan merogol pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya enam tahun lalu dan ukuman sebatan dua kali turut dikekalkan.
Panel tiga hakim, diketuai oleh Ketua Hakim Negara, menolak rayuan Yong yang berusia 55 tahun itu untuk mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman yang dihadapinya.
Sejurus selepas keputusan dibacakan, Yong yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan sugul.
Ahli keluarganya yang hadir turut terlihat sedih dan sempat memegang tangannya sebelum dia dibawa pergi.
Yong sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Ogos 2019 dan dituduh merogol pembantu rumahnya yang berusia 23 tahun pada suatu malam di Julai 2019.
Kes ini kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas perintah Mahkamah Persekutuan.
Perbicaraan yang panjang menyaksikan 23 saksi memberikan keterangan.
Pada Julai 2022, Yong pada mulanya dihukum penjara 13 tahun sebelum hukuman itu dikurangkan kepada lapan tahun oleh Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini.
Tidak berpuas hati, Yong membuat rayuan terakhir ke Mahkamah Persekutuan. Namun, mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan keputusan mahkamah yang lebih rendah.
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri