Kes saman Dr Mahathir dan Ahmad Zahid selesai secara baik.
Kes saman fitnah melibatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi diselesaikan secara baik di mahkamah hari ini.
Menurut laporan sebuah portal, kes saman antara kedua-dua mereka tidak akan diteruskan selepas hakim dimaklumkan kata sepakat sudah dicapai, ia termasuk satu kes Zahid menuduh Dr Mahathir menghina mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pihak kerana tidak meneruskan perkara itu.
“Saman tersebut dibatalkan tanpa kebebasan untuk difailkan semula,” kata Gan memaklumkan setiap pihak akan menanggung kos masing-masing.
Dr Mahathir sebelum ini memfailkan saman ke atas Zahid berhubung istilah ‘Kutty’ yang didakwa berunsur penghinaan terhadap dirinya.
Dalam pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa Zahid memfitnahnya semasa mesyuarat UMNO di Kelana Jaya, pada 30 Julai 2017.
Beliau mendakwa kenyataan itu bertujuan memberi gambaran beliau tidak dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Muslim, serta nama asalnya ialah Dr Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.
Dalam pembelaannya, Zahid menyatakan nama Dr Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty merujuk kepada seorang individu berdasarkan maklumat salinan kad pengenalan lama.
Dalam pada itu, Zahid memfailkan saman selepas Dr Mahathir mendakwanya memohon bantuan untuk ‘menggugurkan’ pertuduhan rasuah dihadapi.
Pada sidang media pada 23 Feb 2022, Dr Mahathir mendakwa Zahid bersama beberapa individu lain telah berjumpa di kediamannya sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2018.
Beliau berkata, Zahid ingin ‘berbaik-baik’ sebelum Mahathir dilantik semula sebagai perdana menteri buat kali kedua, pada Mei 2018.
Zahid mendakwa kenyataan Dr Mahathir itu tidak benar, tidak berasas, tidak wajar, dan berniat jahat.
Namun, Dr Mahathir tetap mempertahan kenyataannya dan menyatakan beliau bersandarkan kepada pembelaan justifikasi.
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri