Kes solar: Mahkamah benarkan Rosmah kemuka keterangan baharu

September 1, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Rosmah Mansor untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda dalam kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim terdiri daripada Azhahari Kamal Ramli, Choo Kah Sing dan K Muniandy.

Panel berpendapat Rosmah memenuhi syarat di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 serta ujian dalam kes *Ladd lwn Marshall* bagi membolehkan keterangan tambahan dipertimbangkan.

Hakim Choo ketika membacakan alasan ringkas berkata keterangan saksi pendakwaan ke-16, Rayyan Radzwill Abdullah, akan direkodkan melalui proses pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

Mahkamah turut memerintahkan keterangan tambahan itu diambil di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi yang baharu dalam tempoh dua minggu selepas pengurusan kes pada 10 September ini.

Pendengaran rayuan Rosmah, yang juga isteri bekas perdana menteri Najib Razak, kemudian ditetapkan semula pada 14 hingga 16 Oktober serta 19 hingga 23 Oktober.

Rosmah sebelum ini memohon kebenaran untuk bergantung kepada satu laporan polis, akuan berkanun yang dibuat Rayyan serta beberapa dokumen sokongan.

Pihak pembelaan mendakwa bahan berkenaan menunjukkan Rayyan ditekan untuk memberikan keterangan bagi menyokong pertuduhan terhadap Rosmah ketika perbicaraan kes itu.

“Terdapat keterangan tambahan yang perlu dipertimbangkan dalam rayuan ini,” kata panel hakim ketika membenarkan permohonan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Asnawi Abu Hanipah pula memaklumkan pihak pendakwaan akan mendapatkan arahan sama ada keputusan Mahkamah Rayuan itu akan dicabar di Mahkamah Persekutuan.

Kes itu berpunca daripada projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang dianugerahkan kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.

Pada 2 September 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan mensabitkan Rosmah atas tiga pertuduhan rasuah.

Beliau didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor, sebagai dorongan membantu syarikat itu mendapatkan projek berkenaan.

Rosmah turut disabitkan menerima RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016 serta RM1.5 juta di kediamannya di Jalan Langgak Duta pada 7 September 2017.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, berjalan serentak, selain denda RM970 juta. Jika gagal membayar denda itu, Rosmah diperintahkan menjalani tambahan 10 tahun penjara.

Berita berkaitan
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
8 jam lalu· Isu semasa
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
12 jam lalu· Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
12 jam lalu· Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
12 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
9 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
12 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok