Kes Zara: MCMC, PDRM sedang siasat individu mengaku kononnya seorang pakar bedah

August 16, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha mengenal pasti identiti seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya sebagai pakar bedah terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, mendedahkan individu tersebut mendakwa hadir semasa proses bedah siasat jenazah Zara pada 10 Ogos lalu, tetapi semakan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu berkenaan bukan doktor pakar mahupun kakitangan KKM.

“Individu ini menyebarkan maklumat palsu melalui siaran langsung TikTok, menimbulkan gambaran seolah-olah perkara yang didakwa benar-benar berlaku.

“Malangnya, kandungan tersebut telah tular dan mengelirukan orang ramai,” jelas Fahmi selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu hari ini.

Fahmi memaklumkan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menerima laporan rasmi daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Nor Azimi Yunus, yang mengesahkan maklumat tersebut adalah palsu.

“Ketua pasukan forensik terlibat dalam kes ini telah menegaskan individu berkenaan bukan pakar forensik. Semua maklumat yang disebarkan adalah tidak benar,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan akaun TikTok individu tersebut telah ditukar kepada tetapan peribadi, menyukarkan usaha pihak berwajib untuk mengesan dan berinteraksi dengannya.

Fahmi mengingatkan masyarakat agar lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang dakwaan melalui media sosial, terutamanya yang melibatkan identiti tidak disahkan.

“Penyebaran maklumat palsu adalah kesalahan serius. Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh didenda sehingga RM500,000,” tegasnya.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, keesokan harinya.

Siasatan berterusan dijalankan bagi memastikan keadilan dalam kes ini, sementara pihak berwajib terus memantau penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan kes tersebut.

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu· Politik
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu· Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perkemas komunikasi, pastikan rakyat faham dasar: Fahmi
18 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
18 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok