Kes Zara Qairina: JIPS Bukit Aman buka kertas siasatan libatkan 3 pegawai polis di Sabah

August 16, 2025 · Isu semasa

Pasukan pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan ke Sabah dalam tempoh satu hingga dua hari untuk merakam keterangan tiga pegawai kanan polis yang terlibat dalam siasatan awal kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan Kertas Siasatan Tatatertib (KST) telah dibuka terhadap Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintenden (ASP), dan seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.

Ketiga-tiga pegawai itu disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan siasatan kes berkenaan.

“Pegawai JIPS Bukit Aman akan ke Sabah untuk merakam keterangan mereka. Siasatan ini meliputi isu ketidakpatuhan SOP dalam penyiasatan kes Zara Qairina serta kelemahan penyeliaan terhadap pegawai penyiasat,” kata Ayob Khan selepas Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi Makan Suap di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah.

Walau bagaimanapun, setakat ini, ketiga-tiga pegawai masih menjalankan tugas seperti biasa.

Pada Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M. Kumar, mengumumkan bahawa Pasukan Petugas Khas mendapati wujud unsur ketidakpatuhan SOP oleh pegawai penyiasat dalam kes ini.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, keesokan harinya.

Siasatan JIPS ini diharap dapat memastikan ketelusan dan keadilan dalam pengendalian kes berkenaan, yang telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
2 jam lalu· Politik
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
Kes culik pasangan Singapura: Enam individu didakwa di mahkamah
August 21, 2026· Isu semasa
MCMC buru dalang vandalisme, curi aset telekomunikasi di Sabah hingga rugi RM17.3 juta
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
2 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
4 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok