Kes Zara Qairina: Polis tahan suspek disyaki ugut pakar patologi

September 7, 2025 · Isu semasa

Seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun ditahan oleh pihak polis kerana disyaki melakukan ugutan terhadap Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Jessie Hiu, yang terlibat dalam prosiding inkuest kematian Zara Qairina Mahathir.

Tangkapan itu dilakukan kira-kira jam 7 pagi tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

Ia susulan daripada satu laporan polis yang diterima pada 5 September lalu berhubung kenyataan berunsur ugutan yang disiarkan di laman Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, mengesahkan penahanan itu dan menyatakan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Redmi daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menambah, “Hasil semakan awal mendapati telefon bimbit itu digunakan bagi mengendalikan akaun Facebook berkenaan.”

Jauteh turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta menimbulkan keresahan masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menekankan PDRM akan memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang melanggar undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan berkenaan,” tegasnya.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada Dr. Jessie berhubung ugutan yang diterimanya selepas beliau memberikan keterangan selama dua hari di inkuest kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Berita berkaitan
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
3 jam lalu· Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar kehilangan abang tercinta, mohon doa buat Idrus Ibrahim
September 24, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
September 24, 2026 · Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
3 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
3 jam lalu · Isu semasa
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok