Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, mengesahkan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap pegawai penyiasat dan penyelia yang terlibat dalam siasatan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, sekiranya didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Beliau memberitahu siasatan sudah dimulakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama pasukan khas yang ditubuhkan khas untuk kes tersebut.
“Kita akan menyiasat semua aspek mengikut kerangka undang-undang dan SOP.
“Jika terdapat sebarang penyelewengan, tindakan akan diambil terhadap pegawai yang terlibat,” jelasnya semasa sidang media di Bukit Aman hari ini.
Terdahulu, media melaporkan kegagalan pegawai penyiasat untuk memohon bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai punca utama pelanggaran SOP dalam kes tersebut.
Setakat ini, JIPS Bukit Aman sudah mengambil keterangan daripada Ketua Polis Daerah yang berpangkat Superintendan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (ASP), dan pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.
Satu Kertas Siasatan Tatatertib telah dibuka berkenaan kes ini.
Mohd Khalid mengakui beberapa aspek perlu disemak dari sudut tatatertib dan beliau sendiri sudah meminta Pengarah JIPS untuk mengambil tindakan berdasarkan tahap pelanggaran yang berlaku.
“Sebagai contoh, ibu kepada si mati telah menandatangani kebenaran tertentu, yang merupakan prosedur biasa yang kita ikuti,” jelasnya.
Beliau menekankan siasatan JIPS akan menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil mengikut undang-undang sedia ada.
“Jika terdapat kesilapan, ia akan dikaji dari sudut tatatertib. Kita akan memastikan semua tindakan mematuhi peraturan dan undang-undang,” tegasnya.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.
Pelajar itu telah dibawa ke hospital setelah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 4 pagi, 16 Julai.
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib