Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan kadar baharu cukai tanah berkuat kuasa 1 Januari 2026, menandakan kali pertama kadar ini disemak selepas hampir tiga dekad tidak berubah.
Kadar baharu ini melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh negeri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengumumkan bahawa kenaikan kadar adalah perlu memandangkan kadar semasa yang dikuatkuasakan sejak 1994 sudah tidak relevan dan menyebabkan hasil negeri tidak meningkat.
“Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan hasil negeri, malah memastikan keadilan dan kesamarataan kepada semua pemilik tanah di Pulau Pinang,” jelasnya dalam sidang akhbar di Komtar pada Jumaat.
Beliau memaklumkan bagi kategori perumahan, kenaikan adalah 29.63 peratus di kawasan bandar dan 127.27 peratus di kawasan desa.
Bagi tanah perindustrian, kenaikan adalah sehingga 200.93 peratus.
Bagi mengurangkan beasan rakyat, kerajaan negeri memperkenalkan rebat sebanyak 32.5 peratus pada 2026, 20 peratus pada 2027, dan 20 peratus pada 2028.
Rebat ini dijangka mengurangkan hasil kerajaan negeri antara RM80 hingga RM100 juta setahun.
“Kerajaan negeri berpandangan, semakan ini penting bagi pembangunan sosioekonomi rakyat dan negeri untuk jangka masa panjang.
Dengan hasil yang lebih mampan, lebih banyak program kebajikan dapat disalurkan demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang,” tegasnya lagi.
Kutipan cukai tanah dianggarkan mencecah RM200 juta pada 2026 selepas rebat, dan dijangka meningkat kepada RM445 juta menjelang 2029.
Kadar baharu ini dijangka kekal sehingga 2036.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri