Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Dr Sani Araby Abdul Alim Araby membaca doa selamat sejurus tiba aktivis di KLIA malam tadi.
Kepulangan selamat 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) disambut penuh haru dan bangga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi menunjukkan kesatuan hati rakyat Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin.
Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata hari bersejarah ini bukanlah sekadar tentang angka, tetapi merupakan bukti semangat kemanusiaan yang kukuh.
“Alhamdulillah, hari ini Malaysia mencatat satu sejarah besar. Daripada 34 sukarelawan asal, seramai 27 telah berada di SNCC sebelum 23 orang akhirnya menaiki kapal Observer dan terus menuju ke Gaza,” katanya.
“Kita buktikan bahawa usaha membebaskan Gaza ini bukan kerja satu pihak, tetapi hasil penyatuan semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), sahabat media serta para menteri,” tambahnya.
Menurut Dr Sani, perbezaan pendekatan Malaysia terletak pada asas perjuangan yang ikhlas dan bukannya retorik kosong.
“Hari ini kita membawa pulang mesej yang sangat kuat, bahawa kita mempunyai resipi tersendiri, iaitu kesatuan hati. Inilah kekuatan sebenar Malaysia,” ujarnya lagi.
Beliau turut menyeru agar semangat solidariti ini terus disuburkan.
“Dekatkan hati, kuatkan semangat. Kita tidak akan berhenti di sini, insya-ALLAH,” tegasnya, berikrar bahawa perjuangan memerdekakan bumi Palestin akan diteruskan dengan semangat yang sama.
Kepulangan wira kemanusiaan ini bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan bab baharu dalam menyampaikan suara rakyat Malaysia yang bersatu.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri