Khabar angin kosongkan kerusi DUN beri Zafrul laluan dinafi MB Selangor

June 3, 2025 · Politik

Khabar angin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang disandang Amirudin Shari bakal dikosongkan adalah tidak benar.

Menteri Besar Selangor itu menyifatkan perkara tersebut sekadar ‘cakap-cakap politik’ yang tidak berasas dan hanya berteraskan imaginasi individu tertentu, ia selepas timbul ura-ura Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal dicalonkan sebagai MB yang baharu.

“Cakap-cakap itu masih lagi cakap. Dan cakap-cakap itu semua saya rasa dia ada imaginasi dan dia cuba impose bayangan dia kepada orang melalui hantaran- hantaran yang telah dikeluarkan di media sosial dan sebagainya

“Orang sudah mula sebut seolah-olah akan berlaku kekosongan, Sungai Tua akan dikosongkan. It’s not that simple,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan E-Bike kepada Polis Selangor di IPK Selangor hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, fokus utama beliau kini adalah untuk menamatkan penggal pentadbiran kerajaan negeri dengan sempurna dan tenang.

“Kalau ditanya pandangan peribadi dan saya juga percaya pandangan parti secara keseluruhan bahawa kita hendak melengkapkan penggal ini dengan sempurna dan damai.

“Ada beberapa kerja dan beberapa tugasan yang perlu kita lengkapkan,” tambahnya.

Amirudin turut memberitahu bahawa sebarang perubahan politik perlu diteliti dengan mendalam dan bukan dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan kesan kepada kestabilan negeri dan kerajaan.

“Kita juga belajar daripada sejarah. Apabila kita lakukan apa yang dikatakan sebagai ‘Kajang Move’, selama berbulan-bulan wujud ketidaktentuan, walaupun ketika itu kita ada lebih daripada dua pertiga majoriti.

“Saya tak rasa hal ini hendak dilanjutkan dalam situasi dan keadaan sekarang di mana fokus penting sekarang adalah untuk meneruskan balik kepimpinan dan juga memberikan tumpuan kepada isu-isu tentang keutuhan kerajaan Persekutuan dan negeri,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan pimpinan Kerajaan Perpaduan untuk mempertimbangkan pengisian jawatan-jawatan tertentu yang kosong di peringkat pusat.

“Hal itu (jawatan kosong) adalah kebijaksanaan Perdana Menteri bersama dengan pimpinan-pimpinan Kerajaan Perpaduan lain untuk mengisi posisi-posisi yang telah dikosongkan oleh beberapa menteri dan juga kemungkinan habisnya senatorship tertentu,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin turut menyentuh mengenai kedudukan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang dikaitkan dengan pelantikan semula ke jawatan kerajaan.

Katanya, tidak ada pihak yang menafikan kebolehan Zafrul sebagai menteri, namun dari segi politik, beliau masih baharu dan perlukan masa untuk menyesuaikan diri.

“Bila orang menyebutkan tentang kemampuan dan kebolehan Datuk Seri Utama Zafrul menjadi menteri sebagai contoh, saya rasa di kedua-dua sisi, di mana-mana pihak pun tidak ada yang menyangkal.

“Namun dalam tingkah dan tindakan politik, beliau juga masih baharu dalam politik. Kadang-kadang memang kelihatan dia tidak begitu pantas dan licik menyusun pergerakan,” jelasnya.

Amirudin dalam masa sama menyambut baik keputusan Zafrul memilih untuk bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kekal menyumbang dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya pernah sebutkan, adalah lebih baik dia menyertai rakan dalam gabungan, sekurang-kurangnya dia masih lagi memberikan sokongan dan kepakaran beliau berbanding beliau menjadi oposisi dan menyerah. Posisi itu sebenarnya lebih menyukarkan dan tidak kami harapkan.

“Saya berpandangan ada baiknya, walaupun ada calar sedikit, ia boleh diatasi dengan perbincangan yang matang dan serius oleh pimpinan PKR,” katanya.

Berita berkaitan
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
September 5, 2026· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
September 5, 2026· Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
September 5, 2026 · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
15 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
20 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
21 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok