Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi

April 18, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, mempersoalkan langkah Khairy Jamaluddin kembali menyertai UMNO dengan menyifatkan bekas ketua pemuda parti itu lebih mementingkan platform politik berbanding kesetiaan kepada mana-mana gabungan.

Menurut Rafizi, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bukan faktor utama bagi Khairy, sebaliknya peluang untuk menang dan mendapatkan sokongan menjadi keutamaan.

“Bagi beliau, BN atau PN tidak penting, asalkan ada pihak yang sanggup mengangkat dan mempromosikannya. Jika ada peluang untuk menang, di situlah beliau akan pergi,” katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri.

Rafizi turut menambah dua perkara utama yang menjadi pertimbangan Khairy ialah peluang memperoleh kuasa serta kewujudan pihak yang boleh membantu menaikkan profilnya dalam politik.

Kenyataan itu hadir selepas UMNO mengumumkan kemasukan semula 6,252 bekas ahli dan pemimpin yang sebelum ini dipecat, digantung atau keluar parti secara sukarela.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Selain Khairy, antara nama besar yang diterima kembali termasuk Hishammuddin Hussein dan Syed Hamid Albar.

Perkembangan ini dilihat sebagai sebahagian usaha UMNO memperkukuh kedudukan menjelang pilihan raya akan datang selepas prestasi merosot dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Dalam reaksi balas, Khairy menerusi Facebook menyatakan penghargaan kepada kepimpinan parti atas peluang kembali selepas empat tahun.

“Saya kembali bukan dengan sebarang tuntutan, tetapi dengan tekad untuk berkhidmat dan menyumbang sebaik mungkin demi memperkukuh UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
7 jam lalu· Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
13 jam lalu· Politik
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
13 jam lalu· Politik
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
7 jam lalu · Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
13 jam lalu · Politik
Khlir dakwa kedudukan sebagai MP tidak terjejas walaupun digantung Bersatu
13 jam lalu · Politik
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
16 jam lalu · Politik
Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen
May 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok