Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama

April 11, 2026 · Politik

Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin menegaskan dakwaan Mahathir Mohamad mengatakan UMNO menjadi punca perpecahan orang Melayu hanyalah naratif lama yang diulang semula.

Beliau berkata, tuduhan seumpama itu bukan perkara baharu kerana sering dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri tersebut sejak dahulu lagi.

“Dia dari dulu memang kata macam-macam, jadi tak perlu nak ulas. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Tanjung Sedeli.

Kenyataan itu hadir susulan kritikan Mahathir minggu lalu yang mendakwa perubahan dalam perjuangan UMNO menjadi antara punca utama perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

Menurut beliau, masih ramai yang kekal dalam parti itu tanpa mengambil kira perubahan arah perjuangan yang didakwa telah menyimpang.

“Ramai yang terus berada dalam UMNO tidak ambil kira perubahan perjuangan UMNO. Dari parti kebangsaan, UMNO sudah jadi parti untuk mendapat kekayaan,” kata Mahathir.

Untuk rekod, UMNO merupakan parti politik utama yang memainkan peranan besar dalam sejarah kemerdekaan Malaysia dan pernah menjadi tunjang pemerintahan negara selama beberapa dekad.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, parti itu berdepan cabaran termasuk perpecahan dalaman dan perubahan landskap politik negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Khaled turut mengulas mengenai kemungkinan penyertaan semula beberapa bekas pemimpin UMNO ke dalam platform Rumah Bangsa. Katanya, perkara itu hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 17 April ini.

“Saya tidak mahu mendahului MKT. Jumlah sebenar termasuk nama-nama besar lain masih belum diketahui sepenuhnya,” katanya lagi.

Beliau menambah, pelbagai agenda lain turut akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut yang dijangka memberi hala tuju terkini kepada parti.

Berita berkaitan
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
June 24, 2026· Politik
Puad dakwa ada yang ‘tidak kena’ dalam senarai calon BN Johor
1 jam lalu· Politik
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
4 jam lalu· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
June 24, 2026 · Politik
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
June 24, 2026 · Politik
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
4 jam lalu · Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
15 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok