Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menuntut Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani, menarik balik kenyataan yang mendakwa beliau menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, hari ini menuntut Johari Abdul Ghani, menarik balik kenyataan yang mendakwa beliau menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Beliau memberikan ultimatum kepada Ahli Parlimen Titiwangsa itu untuk menarik balik tuduhan tersebut, sambil berkata,
“Saya nak minta tarik balik kenyataan saya menipu. Selain itu, saya tidak ada pilihan, sama ada awak menteri atau tidak, saya akan ambil tindakan,” kata Khalid.
Tuntutan itu dibuat susulan video lama Johari yang kembali tular, mendakwa Khalid telah mengelirukan orang ramai mengenai isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru ketika beliau masih menjadi menteri.
Menurut Khalid, dakwaan itu adalah tidak berasas dan beberapa fakta yang tidak tepat berhubung isu pembangunan di Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.
“Saya tidak pernah mencampuradukkan isu pembangunan Kampung Baru dengan Kampung Sungai Baru seperti yang didakwa,” tegasnya lagi.
Beliau turut menawarkan untuk berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekeliruan awam mengenai isu tersebut.
“Saya bersedia berdebat dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang lain, dan panggil Johari Ghani sekali sebab ini kawasan dia,” katanya.
Khalid menekankan sesi debat itu perlu diadakan secara langsung dan mempunyai moderator yang adil bagi memastikan suasana yang terkawal.
Isu ini dijangka menarik perhatian ramai memandangkan ia melibatkan pembangunan dan hak penduduk setempat.
Baru-baru ini tular kembali video lama Johari yang mendakwa Khalid mengelirukan rakyat dalam penjelasannya mengenai pembangunan semula kawasan Kampung Sungai Baru.
Video itu dipercayai dirakam pada 2022, ketika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masih belum bersama dalam kerajaan.
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat