Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo secara rasmi menyertai Parti Bersatu hari ini dengan mengkritik UMNO hanya sebagai ‘pelengkap’ kepada Pakatan Harapan (PH).
Dalam pengumuman penyertaannya, Khir Toyo menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin yang dianggapnya lebih ikhlas memperjuangkan nasib bangsa berbanding UMNO.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu memberikan pandangan keras tentang masa depan UMNO dengan meramalkan parti itu akan dapat menjadi dominan dalam politik negara dan meramalkan tidak banyak kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“UMNO jelas hanya jadi pelengkap PH. Bagaimana mahu dominan jika bertanding kerusi sedikit? Selagi bersembunyi di bawah ketiak PH, selagi itulah statusnya hanya pelengkap,” katanya.
Khir juga berkata mahu menyumbang tenaga untuk memastikan kepimpinan negara tetap di tangan parti Melayu yang adil.
“Saya orang kecil tanpa cita-cita besar. Izinkan saya gunakan sisa tenaga untuk pastikan kepimpinan negara di tangan pemimpin Melayu yang mampu beri keadilan kepada semua, seperti pernah UMNO lakukan dahulu,” ujarnya.
Penyertaan Khir Toyo ke Bersatu ini dijangka memberikan impak politik tertentu memandangkan beliau merupakan figura berpengalaman dalam politik Selangor dan mempunyai jaringan akar umbi yang kukuh.
Pemerhati politik melihat langkah ini sebagai petanda jelas peralihan kuasa politik Melayu dari UMNO kepada Bersatu dalam landskap politik semasa.
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum