KJ hantar rayuan sertai semula UMNO kepada Zahid, hubungan kembali pulih

March 16, 2026 · Politik

Khairy Jamaluddin sudah mengemukakan surat rayuan untuk kembali menyertai parti itu dan disahkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin selepas menerima kunjungan bekas ketua pemuda tersebut.

Ahmad Zahid dalam perkongsian itu berkata pertemuan tersebut berlaku dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

“Alhamdulillah, dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan Khairy Jamaluddin yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid menjelaskan, permohonan itu diterima secara peribadi sebelum dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Mohamed Khaled Nordin untuk penelitian lanjut.

Beliau menegaskan usaha penyatuan dalam parti perlu diberi keutamaan bagi memperkukuh kembali kekuatan UMNO.

“Dalam perjalanan perjuangan ini seperti yang sering saya sebut – biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita,” katanya.

Tambahnya, gagasan Rumah Bangsa diharapkan menjadi ruang mempertemukan kembali pemimpin dan ahli yang pernah berpisah, selain memperkukuh saf perjuangan parti.

Khairy sebelum ini turut menyatakan secara terbuka hasrat untuk kembali menyertai UMNO menerusi agenda Rumah Bangsa yang diperkenalkan kepimpinan parti.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Pemecatan tersebut berlaku ketika parti berdepan krisis dalaman susulan keputusan pilihan raya yang menyaksikan UMNO kehilangan banyak kerusi Parlimen.

Sepanjang berada di luar parti, Khairy kekal aktif dalam perbincangan politik negara melalui media dan podcast, selain sering memberi pandangan mengenai hala tuju politik Melayu dan masa depan UMNO.

Beliau sebelum ini menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat sebagai perkembangan positif dan peluang baik untuk kembali bersama parti yang pernah menjadi platform utama dalam kerjaya politiknya.

Berita berkaitan
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
3 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu· Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
13 jam lalu· Politik
UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
12 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok