UMNO komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal: Azalina

August 20, 2026 · Politik

UMNO menegaskan komitmennya untuk memastikan kestabilan Kerajaan Persekutuan terus terpelihara sehingga tamat penggal Parlimen ke-15, selaras dengan Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said berkata perjanjian itu menjadi asas kepada pembentukan kerajaan dengan kerjasama parti politik yang mempunyai latar belakang, identiti dan pendirian berbeza.

Menurutnya, perbezaan politik perlu diurus secara matang supaya tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan serta keyakinan rakyat.

“Keutamaan kita mestilah memastikan Kerajaan Persekutuan terus stabil, agenda reformasi dilaksanakan dan kesejahteraan rakyat sentiasa didahulukan sehingga ke penghujung penggal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, dakwaan UMNO mengkhianati PKR susulan perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas.

Katanya, perkembangan politik pada peringkat negeri tidak wajar dijadikan ukuran tunggal untuk menilai komitmen terhadap kerjasama di peringkat Persekutuan.

“Malaysia ialah sebuah Persekutuan dan kerjasama politik di peringkat negeri tidak semestinya perlu menyalin hasil formula gabungan politik yang sama pada peringkat Persekutuan,” katanya.

Azalina berkata setiap negeri mempunyai realiti politik, mandat dan aspirasi rakyat tersendiri, selain rakyat berhak menentukan wakil serta kerajaan pilihan mereka melalui proses demokrasi.

Justeru, katanya, perbezaan strategi atau bentuk kerjasama dalam sesuatu Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak secara automatik bermaksud Perjanjian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan telah dilanggar.

Beliau berkata tumpuan utama Kerajaan Perpaduan ketika ini perlu diberikan kepada kemampuan melaksanakan komitmen yang telah dijanjikan kepada rakyat.

“Kerajaan Perpaduan perlu meneruskan pelaksanaan komitmen kepada rakyat sepanjang baki tempoh Parlimen ke-15 sebagaimana dijanjikan dalam manifesto blok politik masing-masing pada PRU15,” katanya.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU15 yang menghasilkan Parlimen tergantung, sebelum gabungan beberapa parti membentuk kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Kerjasama itu turut menyaksikan parti yang sebelum ini bersaing dalam pilihan raya bergabung bagi memastikan pentadbiran negara dapat diteruskan dengan tumpuan terhadap kestabilan politik, ekonomi dan agenda reformasi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
3 jam lalu· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
3 jam lalu· Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
3 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
24 jam lalu · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
FELDA rugi RM2.3 bilion, pelaburan di Indonesia semasa era BN 2016 dipersoal: Radzi Jidin
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok