Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin

3 jam lalu · Politik

Parti Bersatu secara teknikalnya bukan lagi anggota Perikatan Nasional (PN), meskipun dari sudut undang-undang kedudukannya masih kekal dalam gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata kedudukan itu mengambil kira keputusan Bersatu untuk tidak lagi menggunakan logo PN dan memilih bertanding dalam pilihan raya menggunakan logo parti sendiri.

“Dia masih ahli lagi dari segi legal, tetapi secara teknikalnya mereka bukan ahli PN. Secara teknikal saya sebut.

“Sebab dia dah tak nak guna PN dan dia guna logo dia sendiri,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Takiyuddin, PN masih belum memutuskan sebarang tindakan terhadap Bersatu susulan pendirian itu, namun perkara berkenaan sedang dipertimbangkan bagi menentukan pendekatan paling sesuai.

“Itu sedang kita fikirkan. Kita belum putuskan lagi. Pertimbangan itu sentiasa ada. Pertimbangan kita tengok cara yang paling efektif,” katanya.

Beliau berkata, perlembagaan PN menyediakan mekanisme tindakan disiplin terhadap parti yang menjadi anggota gabungan, termasuk kemungkinan penggantungan, pemecatan atau pengeluaran sesebuah parti.

“Dalam PN pun ada, macam parti lain. Dia ada tindakan disiplin.

“Kalau parti individu macam UMNO, PAS, tindakan disiplin kepada ahli. Kalau gabungan ini tindakan disiplin terhadap ahli gabungan, parti gabungan,” katanya.

Takiyuddin berkata, pendirian Bersatu yang mahu menggunakan logo sendiri berpotensi menyukarkan hubungan dalam PN, malah perkembangan itu dilihat seolah-olah menunjukkan parti berkenaan mahu bergerak keluar daripada gabungan tersebut.

“Sebab itulah Tok Guru (Abdul Hadi Awang) sebut dari segi politiknya seolah-olah dia (Bersatu) ini nak keluar daripada PN. Kalau tidak, kenapa nak guna logo sendiri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan PN sebelum ini masih memberi ruang kepada Bersatu menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, walaupun hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak sudah diputuskan.

“Di Johor kita bagi dia guna logo walaupun kita dah putus hubungan kerjasama dengan Bersatu. Di Johor dia bertanding 16 kerusi, kita bagi dia guna logo PN.

“Di Negeri Sembilan pun kalau dia tak guna logo dia, mungkin kita akan bagi dia guna PN,” katanya.

Berita berkaitan
Aziz Bari cabar PAS bentuk kabinet bayangan, bukan hanya pandai kritik
August 22, 2026· Politik
PN tiada hak halang BN runding dengan parti lain: Tuan Ibrahim
August 21, 2026· Politik
UMNO komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal: Azalina
August 20, 2026· Politik
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
3 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
3 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok