Kota Madani perlu jadi contoh pembangunan berpaksi rakyat, bukan pemaju: PMX

June 26, 2025 · Isu semasa

Kota Madani yang bakal dibangunkan perlu menjadi pembangunan bandar berpaksikan rakyat dan bukan ditentukan pemaju yang mementingkan keuntungan, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata projek Kota Madani harus berasaskan nilai yang berteraskan kemanusiaan dan kesejahteraan sosial, tidak semata-mata untuk keuntungan pihak pemaju.

“Saya mahu Mota Madani ini (menjadi) contoh bagi pembangunan bandar di semua kota-kota di negara kita. Saya minta, bagi pembandaran, kerja-kerja negeri, lihat apa yang boleh kita lakukan.

“Jangan hanya tunduk kepada pemaju. Kita yang merancang.

“Jangan projek itu ditentukan oleh syarikat semata-mata kerana kalau mereka tentukan, tentunya diberikan pandangan dan saranan yang hanya melihat kepada keuntungan,” katanya semasa Majlis Peluncuran Pembangunan Kota Madani di Putrajaya hari ini.

Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas 102.5 ekar itu melibatkan pelaburan dianggarkan bernilai RM4 bilion dan dijangka mampu menyediakan 10,000 unit kediaman kuarters bagi menampung kira-kira 35,000 penghuni.

Inisiatif itu merupakan langkah strategik kerajaan dalam mengatasi kekurangan unit kuarters bagi penjawat awam di pusat pentadbiran negara, selain menyokong agenda Malaysia Madani dalam aspek kebajikan, keterangkuman dan kesejahteraan komuniti.

“Kita tidak mahu hanya membina bangunan tetapi membina kehidupan yang lengkap dengan kebajikan, nilai dan harapan,” katanya lagi.

Projek Kota Madani akan dibangunkan secara berfasa oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., dengan pelaksanaan dimulakan melalui Fasa 1A melibatkan pembinaan hampir 3,000 unit kediaman yang dijangka siap pada 2027.

Fasa 1B pula merangkumi pembinaan kemudahan pendidikan termasuk sebuah sekolah bertingkat yang dijadualkan siap pada tahun 2028.

Keseluruhan projek Kota Madani dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh tujuh tahun, menjadikannya antara pembangunan berskala besar paling signifikan di Putrajaya dalam dekad ini.

Selain itu, bandar itu juga menampilkan kemudahan awam lengkap seperti rumah warga emas, klinik kesihatan, institusi TVET, institusi kewangan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, reka bentuk menyeluruh itu menekankan keselesaan, keselamatan dan integrasi sosial.

Dari aspek gaya hidup dan ekonomi, projek itu turut menyediakan ruang komersial seperti kafe, pejabat, pusat penjaja, medan selera dan perkhidmatan perbankan bagi menyokong kejiranan yang aktif dan berdaya saing.

Sebagai bandar pintar, ia bakal dilengkapi teknologi moden seperti lampu isyarat pintar, sistem sisa automatik, laluan solar, CCTV keselamatan, butang kecemasan, perpustakaan digital dan sistem mobiliti pintar seperti Bus on Demand dan mikromobiliti kongsi.

Berita berkaitan
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
6 jam lalu· Politik
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Kestabilan politik yakinkan Google labur RM61 bilion
November 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
6 jam lalu · Isu semasa
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
7 jam lalu · Isu semasa
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
10 jam lalu · Isu semasa
Malaysia buru penggal baharu kerusi Majlis ITU, main peranan bentuk dasar digital
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok