KPM mohon jangan ganggu emosi pelajar SMKA Tun Datu Mustapha

August 11, 2025 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini membuat rayuan khas kepada semua pihak agar mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan konflik dan mengganggu kesejahteraan emosi serta psikologi pelajar dan guru di SMKA Tun Datu Mustapha, Papar berikutan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad menegaskan KPM komited untuk mendapatkan keadilan bagi Zara dan menggesa semua pihak perlu memastikan kesejahteraan warga sekolah lain tidak terjejas.

“Kami sangat bersimpati dengan keluarga Zara dan memahami kempen #justiceforzara yang timbul. Namun, kami memohon semua pihak mengelak tindakan seperti demonstrasi di hadapan sekolah yang boleh menjejaskan keadaan psikologi pelajar lain,” ujar beliau selepas Majlis Apresiasi Guru Madani dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Hotel Permai, Batu Buruk.

Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lepas sekitar jam 4 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Kes ini mencetuskan kemarahan masyarakat apabila timbul dakwaan mangsa menjadi sasaran buli sebelum kematiannya.

Insiden tersebut telah mencetuskan gelombang solidariti di media sosial dengan kempen #justiceforzara yang menuntut siasatan telus dan keadilan untuk mangsa. Beberapa demonstrasi aman turut diadakan di Sabah oleh aktivis dan masyarakat setempat.

Dr Mohd Azam menekankan bahawa KPM bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan kesemua 5.1 juta pelajar di seluruh negara. Beliau menegaskan bahawa guru-guru di sekolah berkenaan tetap menjalankan tugas dengan profesional meskipun menghadapi tekanan.

“Kami tidak akan melupakan tragedi menimpa Zara, tetapi pada masa sama perlu memastikan tiada ‘Zara kedua’ berlaku. Kita perlu beri keadilan kepada Zara tanpa mengorbankan kesejahteraan pelajar lain,” jelas beliau.

KPM turut memohon agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat penting mengenai kes ini menyalurkannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Kementerian memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses mencari keadilan untuk Zara.

Sementara itu, pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes ini bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam proses penyiasatan.

Berita berkaitan
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
13 jam lalu· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
AMK bidas Akmal: Jangan samakan lebihan KKDW dengan KPM, jangan pusing cerita
September 3, 2026· Politik
Scam: Cinta TikTok berakhir dengan kerugian RM112,500
August 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok