HIV kes di Malaysia meningkat di kalangan mahasiswa.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil berat dan bertindak proaktif dalam menangani laporan peningkatan kes HIV dalam kalangan mahasiswa institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, mengakui isu ini merupakan satu perkara yang kompleks dan sensitif, justeru memerlukan pendekatan yang menyeluruh untuk mengurus serta menanganinya dengan berkesan.
Beliau berkata beberapa langkah pencegahan dan kesedaran telah pun digerakkan bagi membendung ia daripada terus menjadi lebih buruk.
“Beberapa tindakan telah diambil untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan budaya hidup sihat termasuk pencegahan penyakit yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan seksual serta langkah awal yang boleh diambil bagi pengesanan penyakit kelamin,” jelasnya dalam satu kenyataan bertulis di laman sesawang Parlimen.
Menurut Zambry, usaha-usaha ini secara tidak langsung dapat memberi maklumat dan mendidik mahasiswa tentang implikasi kesihatan sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup atau aktiviti seksual yang berisiko.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan, KPT telah melaksanakan pelbagai program yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan ilmu berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual dalam kalangan warga kampus.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui pendidikan, advokasi, dan kempen kesedaran di universiti awam.
“Sepanjang tahun 2022 hingga 2024, program ini telah melibatkan kira-kira 33,000 mahasiswa dan dilaksanakan dengan kerjasama 60 agensi, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujar Zambry.
Beliau menegaskan pelaksanaan inisiatif ini adalah penting bagi mewujudkan persekitaran universiti yang sihat dan sejahtera.
“Ini merupakan antara usaha KPT dalam menyediakan persekitaran universiti yang sihat serta membendung pengaruh negatif termasuk gejala seksual songsang dalam kalangan mahasiswa melalui pendekatan berteraskan pendidikan, bimbingan dan intervensi awal,” tambahnya.
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum