Kritik isu penderma Najib, UM nafi mahasiswa dikenakan tindakan

October 17, 2026 · Isu semasa

Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan seorang mahasiswanya dikenakan tindakan tatatertib selepas membangkitkan persoalan dan menyuarakan pandangan berkaitan penderma kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, pada Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.

Naib Canselor UM, Noor Azuan Abu Osman berkata, tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan seperti yang didakwa dalam laporan dan perbincangan yang tersebar.

“Saya ingin menjelaskan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan. Sehubungan itu, dakwaan yang tersebar mengenai perkara ini adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan UM sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk mengemukakan soalan, menyuarakan pandangan dan terlibat dalam perbincangan berkaitan isu semasa.

Menurutnya, platform seperti iFUTURE 2026 yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) penting bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan universiti serta membincangkan pelbagai perkara secara terbuka.

“Perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk.

“Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, namun mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara dan didengari,” katanya.

Penjelasan itu menyusul dakwaan mengenai tindakan terhadap mahasiswa berkenaan selepas persoalan dan pandangannya dalam sesi sidang kemuncak itu menjadi perhatian.

Isu berkenaan turut mengundang perhatian terhadap kebebasan mahasiswa menyuarakan pandangan, khususnya ketika berhadapan dengan isu politik dan tokoh berprofil tinggi.

iFUTURE 2026 berlangsung selama tiga hari, dari 11 hingga 13 Oktober, dengan menghimpunkan 1,231 pemimpin mahasiswa, termasuk 813 peserta dari Malaysia dan 418 delegasi antarabangsa dari 60 negara.

Program itu bertujuan memperkukuh jaringan kepimpinan mahasiswa antarabangsa menerusi wacana intelektual dan libat urus strategik.

UM menegaskan perbezaan pendapat perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembangunan pemikiran kritis mahasiswa, selagi ruang dialog terus dimanfaatkan untuk perbincangan yang matang dan terbuka.

Berita berkaitan
Mahfuz pertahan mahasiswa bersuara, kritik pemimpin taksub politik
October 21, 2026· Politik
Hutang 1MDB belum selesai, kerajaan masih menanggung: Anwar
October 19, 2026· Politik
Penjara teliti syarat tahanan rumah Najib: Saifuddin Nasution
October 18, 2026· Politik
Fahmi kecam buli siber mahasiswa UM, minta mangsa buat laporan
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
14 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
16 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok