Kuota BUDI95 diperbaharui hari ini: Fahmi

October 1, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan kuota 300 liter bagi subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), diperbaharui hari ini.

Jurucakap Kerajaan itu berkata perkara tersebut selaras dengan pembaharuan kuota BUDI95 pada hari pertama setiap bulan.

“Hari ini 1 Okt, maka jumlah kuota dikembalikan kepada 300 liter. Jadi sesiapa yang telah membeli RON95 menggunakan BUDI95 semalam, hari ini kuota kembali kepada jumlah 300 liter,” katanya pada sidang media Pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Fahmi berkata Kementerian Komunikasi, Kementerian Kewangan serta syarikat pengendali stesen minyak, akan mengeluarkan kenyataan sekiranya terdapat sebarang maklumat tidak betul atau kekeliruan mengenai program subsidi tersebut dari semasa ke semasa.

Beliau berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada mesyuarat hari ini turut mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk segera meneliti beberapa perkara berhubung BUDI95, termasuk penambahan kuota bagi pemandu e-hailing, p-hailing, teksi serta bot nelayan.

“Selain itu, mengenai pemandu ataupun rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu Singapura, maka akan ada satu mekanisme yang khusus untuk membantu mereka mendapat bantuan subsidi BUDI95,” katanya.

Fahmi berkata Kementerian Kewangan dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung status terkini pelaksanaan BUDI95, petang ini.

BUDI95 dilaksanakan secara berperingkat bermula 27 Sept dengan 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, sebelum diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori B40 pada Ahad.

Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas, yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif, layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, dengan setiap individu diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan.

Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter bagi tempoh 30 Sept hingga 8 Okt ini.

Berita berkaitan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026· Politik
Fahmi mahu syarikat telco jelaskan isu pendaftaran talian untuk tujuan scam
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
17 jam lalu · Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026 · Isu semasa
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026 · Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026 · Isu semasa
Sultan Brunei kurnia Darjah Kerabat kepada Anwar
August 22, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok