Lawatan Agong ke Arab Saudi, Bahrain dijangka beri manfaat berganda: PMX

November 3, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Arab Saudi dan Bahrain akan membawa limpahan manfaat serta pulangan terbaik untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri merafak sembah dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Seri Paduka Baginda bagi memulakan rangkaian lawatan negara tersebut.

Beliau turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong serta para delegasi dikurniakan rahmat, keselamatan, dan kejayaan sepanjang lawatan ini.

Anwar turut memohon ampun dan kemaafan kerana tidak dapat mengiringi keberangkatan Tuanku atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Patik mohon ampun kerana tidak dapat bersama mengiringi keberangkatan Tuanku atas kekangan urusan kesihatan yang tidak mengizinkan,” kata Anwar.

Lawatan negara ini, yang bermula hari ini hingga 6 November ke Arab Saudi, merupakan kesinambungan usaha Malaysia bagi memperkukuh hubungan dua hala dengan negara-negara luar.

Ia mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mempromosikan kepentingan nasional dan menjana peluang baharu untuk rakyat.

Pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda telah berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang pagi ini.

Dijangka lawatan ini akan diteruskan ke Bahrain mulai 6 November, sekaligus membuka lembaran baharu dalam diplomasi dan kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara terkemuka di Timur Tengah.

Berita berkaitan
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
15 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
15 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid
July 25, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
14 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
15 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
17 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
21 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
6 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok