Lebih separuh daripada pemilih berdaftar telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 apabila peratusan keluar mengundi mencecah 51.58 peratus setakat jam 2 petang, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pemilih berdaftar telah mengundi di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Setakat jam 2 petang, peratus keluar mengundi bagi PRN Negeri Sembilan ialah 51.58 peratus melibatkan 443,461 pengundi daripada keseluruhan 859,760 pemilih berdaftar,” menurut SPR menerusi hantaran di Facebook.
Menurut SPR, DUN Seri Menanti merekodkan kadar keluar mengundi tertinggi setakat ini iaitu 57.6 peratus.
DUN Senaling berada di kedudukan kedua dengan 57.2 peratus, diikuti DUN Kota yang mencatatkan 56.9 peratus.
Peratusan itu menunjukkan peningkatan berbanding PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023 apabila 49 peratus daripada 838,200 pengundi biasa direkodkan keluar mengundi setakat tempoh sama.
PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan seramai 859,760 pemilih berdaftar, termasuk 7,391 pengundi pos, layak memilih wakil rakyat bagi 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
Sebelum ini, seramai 14,995 pengundi awal atau 91.06 peratus daripada keseluruhan pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Selasa lalu, manakala pusat mengundi dibuka bermula jam 8 pagi sebelum ditutup secara berperingkat mengikut lokasi.
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum