Lebih RM22 juta sumbangan tajaan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2025

August 22, 2025 · Isu semasa

Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025) berjaya mengumpul sumbangan penajaan melebihi RM22 juta daripada 113 rakan strategik, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Jumlah tersebut merangkumi RM1.9 juta dalam bentuk wang tunai dan RM20.24 juta berupa sumbangan barangan serta perkhidmatan.

Fahmi berkata pencapaian ini menunjukkan peningkatan hampir lima kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan penaja atas komitmen mereka,” ujarnya dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik HKHM 2025 di Menara Komunikasi hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa, serta Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Nik Kamaruzaman Nik Husin.

Fahmi menjelaskan semua sumbangan tunai akan disalurkan ke Akaun Amanah Sekretariat Merdeka untuk menampung perbelanjaan persiapan sambutan, manakala sumbangan barangan akan diagihkan kepada orang ramai yang hadir pada acara di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos dan di Dewan PICCA, Butterworth pada 16 September ini.

Beliau juga mengumumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan HKHM 2025 sebagai projek berkepentingan nasional di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kelulusan ini membolehkan semua penyumbang menuntut potongan cukai pendapatan berkuat kuasa dari 1 Mei hingga 16 September 2025, dengan had sehingga RM20 juta.

Selain itu, individu dan syarikat yang menyumbang dalam bentuk barangan atau perkhidmatan juga layak menuntut potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat mereka.

Tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempromosikan pembangunan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.

Fahmi berharap kerjasama erat antara sektor awam dan swasta akan terus diperkukuh melalui kempen pengibaran Jalur Gemilang, kempen jualan, perarakan, dan publisiti media, demi memastikan kejayaan sambutan dan kemakmuran negara.

Berita berkaitan
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Jangan biar sentimen kaum rosakkan perpaduan negara: PMX
July 19, 2026· Isu semasa
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 angkat semangat perpaduan, patriotisme: Fahmi
July 19, 2026· Isu semasa
PRN Negeri Sembilan: Tiga pusat media mula beroperasi esok
July 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
2 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
3 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
6 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok