Lelaki disyaki sebar hasutan, aibkan Agong ditahan polis: Laporan

September 13, 2025 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan video di aplikasi TikTok mengandungi unsur hasutan dan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata tangkapan itu dibuat susulan penularan video berkenaan, disyaki dimuat naik pemilik atau pengendali akaun Tiktok @muhammad.bin.abdu969 semalam.

“Semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau membabitkan tiga kes jenayah dan satu kes berkaitan narkotik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, mengaibkan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam serta keselamatan negara. – Bernama

Berita berkaitan
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
22 jam lalu· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
MCMC siasat akaun FB Chegubard hina institusi diraja, telefon bimbit dirampas
October 21, 2026· Isu semasa
Shuhaily didakwa esok berhubung kes di KLIA: Laporan
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
October 23, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
4 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok