Lelaki terlibat provokasi sambutan Hari Kebangsaan direman satu hari: Bernama

September 2, 2026 · Isu semasa

Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam insiden provokasi pada sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada Isnin, direman satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Masjistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan reman tersebut.

“Individu tersebut hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada jam 12.15 tengah malam tadi,” katanya sambil menambah sebanyak tujuh saksi telah diambil keterangan.

Aidi Sham berkata lelaki tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, setelah ujian air kencing didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Sebelum ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk, ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – Bernama

Berita berkaitan
Reman suspek kes bunuh Irene Sofiya disambung enam hari
October 9, 2026· Isu semasa
Anggota tentera direman lagi lima hari, bawa pistol dan peluru bersama air ketum
October 3, 2026· Isu semasa
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
October 1, 2026· Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
9 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok