Lembaga Disiplin Bersatu siasat aduan gerakan kumpul SD: Tun Faisal

September 10, 2025 · Politik

Parti Bersatu sudah memulakan siasatan terhadap beberapa aduan yang melibatkan pemimpin akar umbinya yang didakwa mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mendesak Presidennya, Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Langkah itu diambil ekoran laporan media yang mendakwa wujudnya desakan dalaman terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, mengesahkan Lembaga Disiplin parti itu berkuasa untuk menyiasat sebarang tindakan ahli yang didakwa melanggar Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

“Kemungkinan ada (aduan yang sudah dirujuk ke lembaga disiplin).

“Saya tidak boleh menjawabnya (jumlah aduan sudah diterima), sebab aduan boleh dihantar terus kepada lembaga disiplin dan lembaga disiplin adalah badan yang bebas serta berkecuali,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menjelaskan tandatangan SD tidak mempunyai sebarang tempat dalam Perlembagaan Bersatu untuk menaikkan atau menurunkan seseorang pemimpin yang dipilih secara sah.

“Lebih-lebih lagi jika ia bukan SD dalam erti kata sebenar dan bersandarkan berita yang diada-adakan,” tambahnya.

Isu ini tercetus apabila beberapa ketua bahagian Bersatu dilaporkan mempunyai pendirian yang bercanggah, ada yang mendakwa SD wujud manakala yang lain menafikannya.

Untuk rekod, media juga melaporkan berlaku sedikit kekecohan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, media juga melaporkan bahawa dokumen yang didakwa sebagai SD itu mungkin hanyalah surat permohonan biasa agar Muhyiddin mempertimbangkan untuk memberikan lebih kuasa kepada Timbalan Presidennya, Hamzah Zainuddin.

Berita berkaitan
Hilman bebas pertuduhan cetus ketakutan awam
September 9, 2026· Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
September 4, 2026· Politik
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok