Lencana Jalur Gemilang dipakai pelajar telan belanja RM8.4 juta: Laporan

August 12, 2025 · Isu semasa

Sebanyak RM8.4 juta diperuntukkan kerajaan untuk membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar di seluruh negara sebagai usaha memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan generasi muda.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan setiap pelajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam, dan Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menerima dua lencana percuma.

Peruntukan tersebut telah diagihkan kepada semua jabatan pendidikan negeri dan institusi berkaitan pada Februari 2025, dengan kuantiti disesuaikan berdasarkan jumlah pelajar berdaftar.

“Proses perolehan dilaksanakan melalui sistem ePerolehan secara tender atau sebut harga oleh jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, dan institusi masing-masing,” jelas Fadhlina dalam jawapan bertulis kepada soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS–Kuala Krai) di Dewan Rakyat.

Beliau menambah, sebanyak 91 pembekal di seluruh negara terlibat dalam penyediaan lencana tersebut, dengan pembelian mengikut zon dibenarkan bagi memastikan bekalan mencukupi dan lebih banyak syarikat berpeluang menyertai tender.

Inisiatif ini dilaksanakan susulan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan pada 24 Mac lalu, yang mewajibkan semua pelajar sekolah kerajaan memakai lencana Jalur Gemilang berukuran 5cm x 2.5cm di bahagian kanan dada bermula 21 April.

Langkah ini bertujuan menyemai nilai patriotisme dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani untuk membentuk generasi yang mencintai negara.

Menjawab kebimbangan mengenai keselamatan pelajar dan kerosakan pada pakaian seragam, Fadhlina menjelaskan bahawa kementerian telah mengeluarkan garis panduan pemakaian lencana tetapi masih membenarkan ibu bapa menyediakan lencana tambahan bersaiz sama yang diperbuat daripada bahan yang sesuai.

“Kementerian akan terus memantau pelaksanaan fleksibel pemakaian lencana di semua peringkat pendidikan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar tidak terjejas,” tegasnya.

Berita berkaitan
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu· Isu semasa
Tudung Jalur Gemilang tak lengkap, polis buka siasatan
August 30, 2026· Isu semasa
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
August 29, 2026· Politik
Belanjawan 2027: Pelajar Tingkatan Enam bakal terima elaun
August 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok