MAHA 2026 rekod 1.5 juta pengunjung, catat RM8.7 juta nilai jualan langsung: Bernama

September 1, 2026 · Isu semasa

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencatatkan kira-kira 1.5 juta pengunjung setakat semalam, dengan merekodkan nilai jualan langsung hampir RM8.7 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jumlah itu, menunjukkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap penganjuran MAHA 2026 yang bermula Jumaat lepas.

“Sehingga semalam, kehadiran sudah 1.49 juta. Kehadiran orang ramai memang bertambah, begitu juga dengan jumlah kenderaan,” katanya kepada media selepas menyaksikan 14 pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) pada MAHA Trade Days 2026 hari ini.

Beliau berkata jumlah pengunjung dijangka terus meningkat, memandangkan MAHA 2026 masih berlangsung dan pelbagai aktiviti serta pameran berkaitan sektor agromakanan disediakan untuk pengunjung.

Semalam, Mohamad berkata MAHA 2026 menyasarkan nilai jualan sekurang-kurangnya RM58 juta sepanjang penganjurannya, dengan pembelian termasuk benih tanaman dijangka menyumbang kepada jumlah berkenaan.

MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 Sept di MAEPS, membabitkan kira-kira 2,000 pempamer dengan sasaran kehadiran lebih empat juta pengunjung. – Bernama

Berita berkaitan
Malaysia-Indonesia mahu perkukuh kerjasama ekonomi kreatif: Fahmi
October 20, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: Amanah diberi lapan kerusi untuk ditandingi
October 16, 2026· Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
MCMC-SPRM satukan teknologi, penguatkuasaan lawan rasuah
October 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
10 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
17 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
20 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok