Mahkamah Beijing arah MAS bayar pampasan kepada waris MH370

December 9, 2025 · Isu semasa

Sebuah mahkamah di Beijing memerintahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang penerbangan MH370, lebih sedekad selepas pesawat itu dilaporkan hilang tanpa jejak.

Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang memaklumkan keputusan yang dibuat pada Jumaat lalu itu merangkumi bayaran bagi kos pengebumian, tekanan emosi serta kerugian lain, dengan setiap keluarga menerima lebih 2.9 juta yuan, bersamaan kira-kira RM1.69 juta.

Menurut kenyataan mahkamah, “keputusan ini dibuat berdasarkan bukti dan status undang-undang mangsa yang telah diisytiharkan meninggal dunia secara sah”.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 47 tindakan saman lain telah ditarik balik selepas keluarga terlibat mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan Malaysia Airlines dan cabang antarabangsanya, Malaysia Airlines International.

Pesawat jenis Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan kru itu hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Walaupun pencarian besar-besaran telah dijalankan selama bertahun-tahun, pesawat tersebut masih belum ditemui hingga kini.

Majoriti penumpang iaitu kira-kira dua pertiga merupakan warga China, manakala selebihnya terdiri daripada rakyat Malaysia, Indonesia dan Australia, selain warganegara India, Amerika Syarikat, Belanda dan Perancis.

Daripada 78 tindakan undang-undang yang difailkan oleh keluarga mangsa selepas tragedi itu, mahkamah memaklumkan 23 kes masih belum diselesaikan.

Menurut mahkamah, keluarga terbabit “sama ada belum memohon pengisytiharan kematian atau belum melengkapkan proses tersebut mengikut peruntukan undang-undang”.

Hanya keluarga lapan penumpang yang telah mendapat pengisytiharan kematian yang sah diberikan pampasan setakat ini.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa Malaysia mengesahkan pencarian terhadap pesawat MH370 akan disambung semula pada akhir Disember, satu langkah yang disambut baik oleh kerajaan China dan keluarga mangsa, yang menyifatkannya sebagai “harapan baharu selepas penantian panjang”.

Berita berkaitan
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026· Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Zamri Vinoth kekal berdepan pertuduhan, perbicaraan April tahun depan
September 18, 2026· Isu semasa
Kes solar Rosmah: Mahkamah Rayuan tangguh keterangan tambahan saksi
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
17 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
17 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
17 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
21 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok