Kematian Zara Qairina didakwa menjadi mangsa buli.
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu membenarkan pasukan peguam dan ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, untuk menjadi pihak yang terlibat secara rasmi dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Keputusan itu dibuat oleh Koroner Azreena Aziz, yang juga merupakan Pengarah Mahkamah Negeri dan turut memaklumkan inkues tersebut akan bermula pada 3 September nanti yang akan dikendalikan oleh seorang koroner baharu.
Dengan keputusan ini, peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina kini dibenarkan untuk mengakses semua dokumen berkaitan kes, terlibat secara aktif dalam prosiding inkues, termasuk memeriksa dan menyoal saksi dan mencadang serta membawa saksi serta dokumen tambahan untuk membantu siasatan.
Mahkamah turut membenarkan peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-kanak atas tuduhan menggunakan kata-kata mencela terhadap Zara Qairina, untuk turut serta sebagai pihak berkepentingan dalam inkues yang sama.
Zara Qairina, 13 tahun, dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) pada hari berikutnya.
Kes kematiannya telah mendapat perhatian meluas, termasuk di media sosial, ekoran dakwaan ia berkaitan dengan isu buli di sekolah berkenaan.
Inkues bagi kes ini telah ditetapkan untuk dijalankan pada beberapa tarikh mulai 3 September hingga 30 September ini.
Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini memaklumkan bahawa seramai 195 saksi telah dikenal pasti untuk dipanggil memberi keterangan, namun jumlah tersebut mungkin akan disemak semula sebelum inkues bermula.
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
Sosma masih relevan, Ayob Khan tolak ISA dikembalikan: Laporan
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri