Mahkamah tangguh keputusan DNA kes Zahid, sesi pendengaran 24 April

February 24, 2026 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk menangguhkan keputusan berhubung permohonan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bagi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berkata mahkamah perlu menunggu keputusan Mahkamah Rayuan yang dijadualkan mendengar rayuan Badan Peguam pada 8 April ini.

“Persoalan permohonan ini membabitkan isu berkepentingan awam yang memerlukan penentuan mahkamah lebih tinggi.

“Oleh itu, mahkamah ini tidak akan membuat keputusan lagi sehingga keputusan Mahkamah Rayuan diputuskan,” katanya.

Beliau menjelaskan sebarang keputusan Mahkamah Rayuan akan mengikat Mahkamah Tinggi, justeru keputusan awal boleh menyebabkan rayuan itu menjadi tidak relevan.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 24 April untuk mendengar permohonan DNA berkenaan.

Kes ini menjadi perhatian sejak 4 September 2023 apabila Hakim Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan selepas pihak pendakwaan memohon untuk menyiasat semula kes tersebut.

Awal Januari lalu, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap 47 pertuduhan itu selepas meneliti keterangan baharu.

Ahmad Zahid kemudian memfailkan permohonan DNA pada 28 Januari lalu dengan alasan keputusan “tiada tindakan lanjut” (NFA) tersebut.

Peguamnya, Hisyam Teh Pok Teik, berhujah adalah tidak adil untuk pertuduhan terus tergantung tanpa penyelesaian muktamad.

“Satu-satunya perintah yang boleh diberikan mahkamah ialah pelepasan dan pembebasan sepenuhnya kerana Pendakwa Raya sudah memutuskan untuk tidak meneruskan kes,” katanya.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Badius Zaman Ahmad, memaklumkan pihak pendakwaan tidak membantah permohonan itu dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Bagaimanapun, Badan Peguam memaklumkan kepada mahkamah mengenai rayuan semakan kehakiman yang sedang berjalan.

Wakilnya, Abhilaash Subramaniam, berkata kehadiran mereka adalah untuk memastikan mahkamah menyedari implikasi prosiding di Mahkamah Rayuan.

“Kami hanya membentangkan fakta mengenai apa yang sedang berlaku di Mahkamah Rayuan. Kami tidak mengambil sebarang pendirian berhubung permohonan ini,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana yayasan tersebut.

Berita berkaitan
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
5 jam lalu· Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu· Politik
UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
1 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
11 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok