Mahkamah tangguh keputusan rayuan Guan Eng batal pertuduhan rasuah

April 8, 2026 · Politik

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan terhadap rayuan melibatkan Penasihat DAP Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang memohon agar pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram terhadap mereka dibatalkan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Azman Abdullah menetapkan 27 April bagi pengurusan kes untuk menentukan tarikh keputusan.

“Kami menetapkan 27 April untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh keputusan,” katanya selepas prosiding.

Rayuan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 Mei 2024 yang menolak permohonan mereka.

Mahkamah ketika itu memutuskan prinsip undang-undang berkaitan larangan pendakwaan berganda tidak terpakai kerana tidak memenuhi syarat tertentu.

Kes ini berpunca daripada dakwaan berkaitan projek pembinaan asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta di Pulau Pinang serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Pihak pembelaan berhujah pertuduhan baharu itu sebenarnya bersandarkan bukti yang sama seperti kes terdahulu melibatkan pembelian banglo di Jalan Pinhorn, yang mana Guan Eng telah dilepas dan dibebaskan pada 2018.

Peguam mewakili Phang, V Sithambaram, menegaskan tindakan pendakwaan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Pertuduhan semasa sepatutnya telah dimasukkan dalam prosiding pertama kerana fakta dan bukti adalah sebahagian daripada kes terdahulu,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menolak dakwaan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Ashrof Adrin Kamarul berhujah kes semasa dibina atas fakta baharu hasil siasatan lanjut.

“Walaupun melibatkan jenis kesalahan yang sama, kedua-dua kes ini berasaskan fakta berbeza dan merupakan kesalahan berasingan,” jelasnya.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM372,009 yang dikatakan memberi manfaat kepada isterinya melalui sebuah syarikat.

Phang pula dituduh bersubahat, manakala Chew berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Kes ini masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan terus menjadi perhatian kerana melibatkan tokoh politik kanan serta isu integriti dalam pentadbiran awam.

Berita berkaitan
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
13 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026· Isu semasa
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
September 4, 2026· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
3 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok